BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

Halim Yazid


Bersama Halim Yazid yang popular dengan lagu dikir "Kisah Diri Ambo"

Pagi ni, aku berkesempatan berjumpa dengan seorang pendikir yang dah lama aku minati. Lagu2 dikir dia sungguh menyentuh perasaan. Selain menjadi tenaga pengajar di UM, beliau juga banyak berkerjasama dengan BTP dalam menghasilkan rancangan TV pendidikan. Semuga satu hari nanti beliau akan dapat anugerah Sasterawan Negara atas kesungguhannya dan usaha-usahanya mempopularkan dikir barat keseluruh dunia. Masa kat Busan dulu, aku bukak you tube dan jumpa Yalim Yazid yang sedang melawat Korea... berdikir tu....

Jamuah Hari Raya EUROFINE


Ning Baizura dengan penuh perasaan menyanyikan lagu "Awan Yang Terpilu"

Bersama jantan terhangat dipasaran, Julfekar.




Pada 30 Okt 2009 yang lalu, aku pergi ke Majlis Jamuan Hari Raya anjuran syarikat Eurofine Sdn Bhd di Hotel Armada, Petaling Jaya. Meriah sungguh hari tu. Ramai Artis yang datang seperti Erma Fatimah, Haliza Misbun dan lain-lain. Tetamu di hiburkan oleh beberapa orang artis terkenal antaranya ialah Ning Baizura. Ada cabutan bertuah.... Aku dapat no 153. Hadiah kedua Notebook No 155, hadiah pertama TV Plasma 42"...no 143..... Huhuhuhu... tak bertuahnya aku.. Dalam pada tu...sempat lah juga berposing dengan jantan terhangat dipasaran masa kini, my old friend, Julfekar.